Thursday, July 9, 2015

everything started to change

wahhh dah lama gila tk update blog ni. selamat berpuasa diucapkan kepada rakyat jelata. haha. selamat mengejar keberkatan 10 ramadhan yang terakhir ni. mana la tau ni puasa terakhir ke, so cepat2 kejar barokah bulan puasa ni. hoho

rasa nya dh nk lebih setahun kot tak usik langsung blog ni. dalam masa setahun macam2 dah jadi. dalam masa setahun ni jugak lah i'd lost the most fav person in my life, yg dah aku anggap mcm mak sendiri rather than makcik. tahun lepas seronok je enjoy puasa and raya dkt kg dengan arwah angah and arwah nenek. siapa sangka tahun ni angah and nenek dah tkde. okay jgn nangis hami, jgn nangis. tabah sister tabah okay.

at first arwah angah sakit perut and ble pegi hospital doktor kata buasir. pastu dh buat apa yg patut, angah pun discharged. then tetiba je nenek sakit teruk sampai kne masuk hospital. pastu ble nenek dah sihat, angah sakit balik. terlantar dekat icu berapa bulan and aku sempat melawat 3 kali je. itu pun tak sempat sembang pape sbb angah tak sedar diri langsung. dapat tgk segala-mala wayar berselirat dekat badan angah. YA ALLAH kan dah kata jangan nangis !!! maaf sis selalu emo lelebih ble teringat bnde ni.

okay kita sambung balik. tengah rilex2 merenggangkan segala urat di badan lepas balik dari kelas, tetiba mak call cakap angah dah tenat tapi in shaa ALLAH takde pape so jgn risau sgt. then tak sampai half an hour, mak call lagi cakap angah dah meninggal. at the moment aku rasa kalau lah kalau aku ada kuasa nak stop kan semua bnde yang jd dalam dunia ni, dah lama aku stop kan. YA ALLAH aku meraung mcm apa je time tu and aku peduli apa kalau budak2 dlm rumah sewa tu nk fikir aku gila ke apa ke, aku dh tak peduli. yang aku peduli skrg aku nak balik, aku nak balik rumah time tu jugak !! tapi alhamdulillah arwah angah meninggal hari jumaat, bertuah kan arwah angah meninggal time hari jumaat. esok nya tu selamat kebumikan tapi sengaja aku ponteng kelas smpai hari selasa sbb rse mcm tak sanggup nak hadap bnde lain bila makcik yang kau paling sayang sangat2 yang elok2 sihat tetiba sakit pastu tetiba je tinggal kan kau.

then before final exam, aku balik la rumah sbb tkde buat pape pun dkt rumah sewa almaklumlah time study week kan. time puasa plak tu, so harus lah balik rumah. hoho. tapi bila nak balik rumah sewa balik tu, time salam arwah nenek. dengan tiba2 nya nenek tnya "bila lg nak balik rumah?" seriously pelik yang teramat sgt sbb selama aku bljr jauh sikit drpd rumah ni since form 4 masuk tikl smpai lah skrg tak prnh lngsng nenek tnya apa2 bila salam nenek. so aku dgn selamba je jwb la "skrg ni tgh exam, nnt minggu depan habis exam kita balik lah" pastu nenek jwb "balik lah cepat2". pastu aku pun selamba jela balik rumah sewa, jwb exam dgn tenang. pastu hari jumaat time 2nd paper tu mak call ckp nenek masuk hospital lg tp jgn risau nenek okay je, so jgn risau jwb exam elok2. mak repeat balik ayat yang sama mcm arwah angah dulu. and benda yang sama jugak jd. half an hour lepas tu, mak call ckp nenek dah takde. YA ALLAH tepat 3bulan arwah angah meninggal, nenek plak meninggal. sumpah rasa mcm mimpi. nenek okay je time aku balik rumah last week. then baru lah aku tau sebenarnya nenek dah lama tenat and masuk hospital. semua org dapat jumpa nenek tp aku sorg je yg tak sempat jumpa. sbb mak tak kasi sespe pun bagitau aku sbb time tu aku tgh final exam. kenapa ?! kenapa tak bagitau ?!! kenapa tak bagitau aku awal2 ? no wonder la nenek tnya ble lg aku balik rumah, rupa2 nenek dah nak pergi.

everytime teringat after ni semua bnde akan berubah and takkan sama especially raya, mula lah banjir. sabar hami, makruh kan nangis time puasa ni. okay la stop sampai sini, sbb aku rasa kalau ingat bnde ni, lagi lah berjurai2 air mata keluar. selamat berpuasa uollss !!